FAKULTI SENIBINA DAN EKISTIK
Universiti Malaysia Kelantan

MENGENAI FAKULTI SENIBINA DAN EKISTIK


Penubuhan Fakulti Seni Bina dan Ekistik telah dicadangkan di UMK oleh Senat pada 2 April 2014 dan kepada Lembaga Pengarah Universiti pada 30 Jun 2014. Ia telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan bermula 1 Jun 2016 dan secara rasmi beroperasi di UMK pada 1 Ogos 2016.

Penubuhan fakulti ini adalah sejajar dengan Strategi Inovasi Kebangsaan di bawah tajuk Negara Inovasi Kelas Dunia (perkara 15), yang menggariskan budaya dalam konteks seni bina, industri kreatif.

Terdapat tiga (3) program prasiswazah yang ditawarkan di FAE seperti berikut:

  1. Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian (bermula 2016/2017)
  2. Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian (bermula 2016/2017)
  3. Sarjana Muda Seni Bina Landskap dengan Kepujian (bermula 2017/2018)

Program pascasiswazah yang ditawarkan di FAE adalah seperti berikut:

  1. Sarjana Sastera(Sejarah dan Teori Senibina)
  2. Doktor Falsafah (Sejarah dan Teori Senibina)