Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan (kepujian)

Tentang Program

 

Program ini bermatlamat menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan yang mendalam, berkemahiran pelbagai, memiliki pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam bidang senibina landskap termasuk antara bidang disiplin lain, pemahaman kontektual, keusahawanan dan profesionalisme yang akan menyumbang kepada bidang alam bina. Program ini juga bertujuan melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengetahuan mengenai senibina landskap agar dapat mengamalkan segala pemahaman tentang teknologi, konteks profesional, budaya dan senibina landskap di mana kemahiran boleh digunakan dengan cara yang kreatif dan komprehensif. Graduan daripada program ini mempunyai kelebihan untuk berkhidmat di sektor awam atau swasta. Graduan boleh bekerja sebagai arkitek landskap, penyelia tapak, perunding landskap, pengurus projek, koordinator projek, kontraktor penyelenggaraan, kontraktor reka dan bina landskap, jurufoto senibina landskap, arboris, usahawan tapak semaian, pensyarah dan pegawai penyelidik. Di samping itu, graduan senibina landskap UMK mempunyai keistimewaan dari segi pengetahuan dan amalan keusahawanan yang menyerlah.