PENGENALAN

FAKULTI SENIBINA DAN EKISTIK

 A3A6837pejabat.fae

Dalam perancangan strategik UMK, penubuhan Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE) adalah di antara yang dirancang. Sehubungan itu, FTKW mengambil inisiatif memulakan perancangan penawaran program berkaitan industri kreatif dalam bidang pembangunan fizikal berkaitan ekistik.

Perutusan Amanat Naib Canselor 2014 oleh Ybhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Che Rose pada 19 Februari 2014 telah menyebut penubuhan Fakulti Senibina sebagai satu agenda utama UMK bagi tahun 2014. Senat Universiti Malaysia Kelantan pada 18 Disember 2013 telah bersetuju untuk meluluskan penawaran program pengajian Ijazah Sarjana Muda Senibina dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan Kepujian. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) telah mengambil inisiatif memulakan perancangan penawaran program berkaitan industri kreatif dalam bidang pembangunan fizikal berkaitan ekistik.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Senat Bil. 2/2014 (69) pada 2hb. April 2014, Universiti telah bersetuju untuk menubuhkan fakulti baru iaitu Fakulti Senibina dan Ekistik. Pada 30 Jun 2014 Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan telah bersetuju dengan cadangan penubuhan fakulti ini. Penubuhan Faculty of Architecture and Ekistics (FAE) telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai 1 Jun 2016 dan pengoperasiannya bermula secara rasmi pada 1 Ogos 2016.

Sebanyak tiga (3) program telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Senarai program adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian (ditawarkan mulai 2016/2017)
  2. Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian (ditawarkan mulai 2016/2017)
  3. Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan Kepujian (akan tawarkan mulai 2017/2018)