DASAR KUALITI, PIAGAM PELANGGAN DAN SLOGAN

Dasar Kualiti

Dasar Kualiti fakulti adalah selaras dengan dasar kualiti Universiti Malaysia  Kelantan (UMK).

"UMK komited untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan akademik yang berkualiti, meningkatkan penyelidikan dan kesarjanaan melalui inisiatif berterusan, pembudayaan kualiti, unik dan releven serta memenuhi kepuasan pelanggan".

 

Piagam Pelanggan

Dalam merealisasikan misi dan visi fakulti demi memartabatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan, maka kami dengan tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak pelanggan seperti berikut:

Pelajar

Menyediakan program pengajian dan memberi pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan sumber manusia cemerlang yang mempunyai nilai insaniah yang tinggi

Staf

Menyediakan suasana kerja yang dinamik dan kondusif untuk menyokong budaya pengurusan berkualiti bagi melahirkan staf yang serba boleh untuk menjamin masa depan kerjaya yang cemerlang.

 Masyarakat

Memastikan peranan fakulti kekal relevan dalam menyokong usaha pendidikan sepanjang hayat dan kesedaran serta keupayaan masyarakat dalam bidang pembangunan lestari dan alam sekitar.

Industri 

Menggunakan kepakaran fakulti untuk memperkukuhkan industry melalui perundingan, pemindahan teknologi, pendidikan dan latihan dan usahasama dalam menjayakan agenda keusahawanan.

 

 

Slogan Fakulti

 

        F         A         E

 " Feasible... Achievalble ...Enviable

             " we make things happen "