Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian

Tentang Program

Program ini bermatlamat untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran secara teknikal dalam bidang senibina, memenuhi keperluan kelayakan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian I dan setaraf, selari dengan keperluan industri; mempunyai kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam organisasi yang bersedia menghadapi risiko dan cabaran di alam pekerjaan; berupaya menyelesaikan permasalahan berkaitan senibina dalaman secara inovatif, kreatif, dan profesional melalui pendekatan lestari yang memenuhi tanggungjawab sosial. Graduan daripada program ini mempunyai kelebihan untuk berkhidmat samada di sektor awam atau swasta. Graduan boleh bekerja sebagai pembantu teknikal arkitek, pembantu pereka, pegawai pembangunan, pengurus projek, koordinator projek, penyelia tapak, perunding rekabentuk, visualiser 3D, tutor, pelukis pelan, jurugambar kesenibinaan, CAD/3D visualiser, arkitek konsep pembangunan bandar, pereka grafik, jurufoto kesenibinaan, pensyarah, pegawai penyelidik. Di samping itu, graduan senibina di UMK mempunyai keistimewaaan dari segi pengetahuan dan pengalaman keusahawanan yang menyerlah.