Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian

Tentang Program

Program ini bermatlamat untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran secara teknikal dalam bidang senibina dalaman yang memenuhi keperluan kelayakan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian I dan setaraf, selari dengankeperluan industri; mempunyai kemahiran komunikasi, kepimpinan dalam organisasi yang bersedia menghadapi risiko dan cabaran di alam pekerjaan; berupaya menyelesaikan permasalahan berkaitan senibina dalaman secara inovatif, kreatif serta profesional melalui pendekatan lestari yang memenuhi tanggungjawab sosial. Graduan daripada program ini mempunyai kelebihan untuk berkhidmat samada di sektor awam atau swasta. Graduan boleh bekerja sebagai arkitek dalaman, perunding rekabentuk secara profesional, kontraktor pereka dalaman, pereka perabot dan hiasan dalaman, CAD/3D visualiser, pelukis pelan, jurugambar kesenibinaan, ahli akademik dan konsultan pengurusan projek dalaman (PMC), pensyarah, pegawai penyelidik. Di samping itu, graduan senibina di UMK mempunyai keistimewaaan dari segi pengetahuan dan amalan keusahawanan yang menyerlah.