DARI MEJA DEKAN

Web PMAziz

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, dan Salam Sehati Sejiwa

Alhamdulillah pada bulan Ogos 2016, tertubuhnya Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE) yang merupakan fakulti ketujuh di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT). Ia merupakan satu di antara perancangan strategik UMK dalam pembangunan pendidikan Negara. Penawaran program di FAE tertumpu pada bidang industri pembangunan dan pengurusan fizikal beserta juga industri kreatif. Tiga program telah diluluskan untuk ditawarkan oleh KPT; Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan Kepujian. Program Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian dan program Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman Kepujian ditawarkan mulai semester September 2016/17.

Program Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap akan ditawarkan mulai sesi 2017/18. Kesemua program ini telah mendapat kelulusan Malaysian Qualification Agency (MQA), serta dikawal oleh badan profesional. Justeru, mutu hasil pembelajaran dan pengajaran adalah terjamin. Untuk itu, warga fakulti beriltizam menjaga kualiti pendidikan sesuai dengan keperluan MQA dan badan profesional dengan sokongan kepimpinan UMK.

Syabas kepada pelajar perintis FAE.

Sekian, selamat maju jaya.

Wassalam

AB. AZIZ SHUAIB

(Prof. Madya)

Dekan FAE