FAQ

1. Soalan : Siapakah yang layak memohon program di FAE, UMK?
  Jawapan :              Pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma daripada IPTA/IPTS yang diiktiraf.
     
2. Soalan : Bagaimanakah cara untuk memohon program tersebut?
  Jawapan : Permohonan bagi semester September hendaklah dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengurusan IPT Kementerian Pengajian Tinggi. Sila layari laman web Kementerian di alamat http://www.mohe.gov.my. Iklan mengenai permohonan kemasukan ke IPTA dikeluarkan oleh pihak kementerian. Calon yang melepasi syarat akademik akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

3. Soalan : Bagaimana proses temuduga dilakukan?
Jawapan : Semua calon akan diuji melalui ujian lukisan terlebih dahulu bagi menilai tahap dan kebolehan calon. Kemudian, calon akan diuji pula malalui proses temuduga bagi mengetahui minat dan pengetahuan calon berkaitan program yang dipilih.
 
4. Soalan: Adakah pelajar wajib membawa portfolio jika dipanggil temuduga?
  Jawapan : Calon tidak diwajibkan membawa portfolio semasa temuduga, namun ia merupakan kredit tambah kepada bakat dan kemahiran calon.
 
5. Soalan: Apakah keperluan yang perlu semasa dipanggil temuduga?
  Jawapan : Calon perlu menyediakan kelengkapan melukis sendiri.