BENGKEL ACE YOUR FRGS PROPOSAL
Pada 19 November 2024, Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar) melalui Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan Bengkel Ace Your FRGS Proposal: Strategi dan Panduan Secara One-On-One bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Fakulti Senibina dan Ekistik.
Bengkel ini menampilkan panel jemputan berpengalaman, Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi bin Maulan dari UPM, yang telah berkongsi panduan serta strategi terbaik dalam menyediakan proposal FRGS yang berkualiti tinggi.
Manfaat yang diperoleh peserta:
Sesi one-on-one coaching untuk mengenal pasti dan memperbaiki kesilapan dalam penyediaan kertas cadangan.
Panduan dalam penstrukturan ringkasan eksekutif yang penting dan berkesan.
Brainstorming idea untuk hala tuju penyelidikan masa hadapan.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai bengkel ini! Semoga ilmu dan panduan yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan proposal penyelidikan yang lebih mantap dan cemerlang.

.jpeg)